Sunday, June 03, 2007
Jauh

Tamat. Titik. Ini entry sy terakhir. Di blog ini. Setahun sy bertapak di sini.

Maaf. Kalau ada terkasar. Kata yg menyakitkan. Bahasa yg kurang manis, isi yg kurang menyelerakan.

Di blog baru, harap juadahnya lebih mantap. Seiring dgn usia. Sejalan dengan cita dan matlamat.

Hidup perlu perubahan. Makin banyak perubahan, makin banyak benda diselongkar. Pun, berubah itu biar sejalan dengan selera dan syariat. Berubah biar memuaskan diri; juga sesuai dengan kehendak agama dan naluri hati.

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
 
 
 
Sibuk mendepani hidup, diri dipasung penat dan menuntut upaya cekal. Dugaan bukan sedikit. Cabaran dan ujian. Itu takdir yang menjadi fitrah dan lumrah. Sesegar kuntuman tulip, hati walau kadang berbunga-bunga; kadang datang juga titik hitam yang memaksa diri kuat melawan perasaan.
 
Kadang Tuhan memberi nikmat lewat selindung ujian yang menyengat; kadang Dia limpahkan rezeki; menduga uji keyakinan dan keimanan dalam diri.
 
Terima kasih. Atas layanan dan keramahan kalian di blog ini. Janji Tuhan; mega jingga pasti datang. Malam akan kelam; dan pastinya esok mentari akan menjengahkan wajah jua. Itu, kalau tiada hujan yang mengubah siang.
 
 
 
Kita jumpa di tapak lain. Tapak yg lebih menjanjikan kematangan buat kita.
 
 
 
 
Nota: Blog yg masih dlm pembikinan; http://hayah-madani.blogspot.com
 
 
 

Saturday, June 02, 2007
Antara Fahri dan Faiq

Dulu Fahri. Kini Faiq. Dulu Ayat2 Cinta. Skarang Pudarnya Pesona Cleopatra. Smalam satu lg tulisan Habiburrahman El-Shirazy sy sudahkan. Hidup tanpa buku x lengkap. Cuti tanpa novel tak terisi rohani dan kehendak.

Pudarnya Pesona Cleopatra: ada dua kisah di dlmnya; berbeza latar kisah dgn Ayat2 Cinta. Ada cerita cinta anak Adam yg bernafsukan kecantikan dan rupa wajah. Juga ada cerita Faiq yg suci, teruna yg mungkin watak dan perawakannya sesoleh dan setulus cinta Fahri. Cinta yang sakhi. Cinta antara Adam dan Hawa yg di luar cinta maksiat. Cinta yg hijau metah; sali,segar dan sentiasa berkembang.

 

                           Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

 

Faisal Tehrani di KOta Bharu 4-5 Jun ini. Sy korek2 duit di tangan; ntah dapat ntah tidak sy capai "Bila Tuhan Berbicara" dan "Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson" nanti. Sejak ke Kapit; minat sy thadap novel2 sastera Islam makin kelam hari ke hari. Ntah mana silapnya. Sama ada kambus tika meredah Laut China Selatan, atau mungkin saja kabur dek awan gelap tanah Kenyalang. Sementelah; tanah Kapit tak pernah membenarkan sy meneroka dunia novel lagi (ah,tanah bertuah itu tidak menyediakan apa2 jua perkhidmatan menjual novel!!).

Pusing sana. Pusing sini. Garisah sy mengcengkam; menanarkan matlamat dan impian asal sy. Disebabkan tak ada rakan secitarasa yg sy blh bkongsi cerita dan kisah ttg dunia penulisan dan sastera di Kapit makanya sy mula hilang tumpu? Atau sy sbnrnya mencipta alasan; malas mengorek ilmu makanya sy menjauh dr minat dan hobi sendiri?

Ke mana hilangnya semangat yg dimilik tentera2 Uthmaniyyah tatkala berperang menakluk kota Byzantine dlm diri?Kenapa tak sj sy kejap kukuhkan; ipukkan rasa tegar mahu menakluk ilmu dan memuncakkan cita2? Sy jd cemburu. Cemburu pd mereka...

Impian sy masih jauh...jauh yg blm tentu digapai tangan...

 

p/s: masih menunggu Di atas Sajadah Cinta (Habiburrahman El-Shirazy)...

 

Wira hatiku,

Tiada siapa yang tahu,

Bahawa kasih ini ku tujukan padamu,

Meskipun kurasakan mustahil untuk kugapai,

Tetapiku tahu Allah Maha Mengetahui hasrat hatiku,

 

Wira hatiku,

Padamu terhimpun pekerti tinggi,

Padamu tergambar kelembutan dan kebijaksanaan hakiki,

Senyumanmu manis menenangkan hati,

Bicara lembut menawan hati,

Hatiku yang satu, hanya untukmu ku abadi,

 

Wira hatiku,

Sedari awal kulihat dirimu insan mulia,

Terlalu baik buat diriku yang hina,

Tapi diri ini menyintai kebaikan dan keindahan akhlakmu,

Lantas padamu kuletakkan harapan,

Adakah kau tahu, adakah kau merasai insan daif ini menangis dalam kerinduan dan

 penuh pengharapan.

 

Wira hatiku,

Tidak mampu ku sampaikan bicara hati ini,

Meskipun cinta dan perhatian daripadamu ku dambakan,

Terasa betapa kerdilnya diri ini,

Tetapi tidak layaknya untuk memiliki hatimu yang suci.

 

Note: godek2, jumper puisi nih...khas ku dedicatekan utk Fahri n Faiq dlm karya ustz Habiburrahman...:)


 


Friday, June 01, 2007
Hati Kanggaru di Kota Melbourne

   Lamington, kek span yang dilitupi coklat dan kelapa parut itu digigit Fudail dengan lahap. Anak matanya dibiarkan merata, menyusuri keunikan kota kedua terpadat di bumi kanggaru itu. Semua orang kelihatan sibuk. Berkejaran, bagaikan dirasuk roh duniawi untuk menimbunkan harta sebanyak mungkin.


   Sesekali, berpapasan beberapa lelaki warga Victoria berkot dan bertali leher. Fudail mendongak, mencipta harap. Dari pagi, tiada dolar pun yang mengisi kocek. Kering. Gersang. Segersang pokok boabab pabila musim kering datang menjengah muka di bumi Melbourne. Pada ketika itu, ada rintih halus mampir dan juga pergi. Ada gegumpal hiba semacam mendominasi dada.

   Dulu, tatkala dia punyai wang hasil tajaan JPA, saban hari ruang hidupnya enak menjarah dan menikmati ria. Kehidupannya tidaklah sesusah mana. Dengan berbekalkan 60 dollar setiap hari, dia menyewa basikal ke kuliah. Fulus bukanlah menjadi persoalan ketika itu. Bersama biasiswa perubatan ditambah pula dengan simpanan hasil kerja kerasnya di ladang ceri, duitnya tidak pernah putus. Persis deruan salji cair yang mengalir pada musim bunga ke Sungai Murray. Terus, terus dan tidak pernah berhenti.

   Fudail memejam, cuba menghening cipta. Wajah Josh membuai. Ya, dia masih ingat lelaki itu. Argh! Persetankan lelaki itu! Kerana lelaki itulah, kenangan yang tercipta di bumi yang telah dipisahkan dari Pangaea dan Gondwanaland itu menjadi hitam, pekat, gelap. Babak demi babak kenangan lama menerpa  dimensi fikiran. Josh! Lelaki Jerman yang tinggal di Lembah Barossa, arah timur laut kota Adelaide. Lelaki yang sentosa memadu kasih bersama teman wanitanya di Sungai Yarra. Lelaki yang bakal mewarisi beratus-ratus hektar ladang anggur milik keluarga.


   Anganan Fudail mati. Gelak tawa riang beberapa orang pelajar universiti menghenyak lamunan. Fudail tersenyum, menampakkan barisan gigi kekal yang sedikit kekuningan. Dia kenal mereka! Pelajar-pelajar Malaysia yang tinggal di Wills St. Mereka rajin menyapanya. Dulu, dia juga begitu. Pelajar universiti, kuliah perubatan. Tetapi, kehidupan yang rencam di sinilah yang mengajarnya menjadi liar, tegar dengan prinsip yang karut. Jahat? Tidak. Dia tidak jahat. Dia tidak pernah menyentuh arak. Dia tidak pernah berzina. Cuma...cuma dulunya dia terlalu percaya pada teori: yang kaya berkuasa, yang lemah ditindas. Persis Teori Darwin, bukan? Dalam The Origin of Species, Darwin mendakwa adalah perlu untuk bangsa-bangsa yang lebih rendah dihapuskan dan tidak perlu bagi manusia yang maju untuk melindungi mereka dan membiarkan mereka hidup. Anak bumi kelahiran Britain yang terkenal dengan sifat rasialisnya itu melihat penduduk asli Australia dan Negro sebagai makhluk-makhluk yang sama taraf dengan gorila. Perlu dipupuskan dan dilenyapkan terus.

   Tidak! Jangan salah faham. Dia bukanlah Darwinis yang membuta tuli mempercayai teori-teori gharib begitu. Dia orang Islam. Masih percaya yang dunia ini ada tuan yang berhak, dan Allahlah tuan yang haq!

   " Mr. Cobbler.." Kenangan lama terpadam. Seorang lelaki tunduk sambil menanggalkan kasutnya yang sedikit koyak.

 

 

p/s: cerpen pertamaku dulu yg mengajar bnyk erti kesabaran...mencari suasana yg berlatarkan Melbourne, ilmu2 teori Darwin, juga gabungan ilmu Islam dan sejarah dunia....

 

 


Sunday, May 20, 2007
...Penyu Menangis Siapalah Tahu...

   Tangan kanannya memegang epal hijau yang hampir separuh, tangan kiri pula menguis-nguis daun kering di bawah bangku putih. Sorot matanya kemudian terarah jauh ke hadapan. Tulip sudah pun berbunga.

   Hatinya  berlagu riang. Anganan untuk melihat tulip berpuput di dada sejak kecil.  Bumi Amsterdam sedari dulu melambai-lambai menggamitnya datang mengejar tulip di tanah Belanda. Juga kisah potret dan lukisan-lukisan agung Rembrandt di Rijkmuseum pernah menakluki sekaligus memaksa atmanya untuk meneroka negara penjajah itu.

   Dia gilakan seni. Dia mengagumi Van Gough; menelusuri karya-karya Pablo Picasso ; jua menghayati luahan rasa puisi-puisi agung sasterawan negara.

   Lantaran sejak kecil dikelilingi dengan buku-buku cerita dan dunia komik; dia jadi kepingin menghiasi hidupnya dengan rencam rasa bau helaian-helaian ilmu sepanjang hayat. Lantaran keluarga yang meminati dunia flora dan hidup dikelilingi dengan bunga-bunga; dia jadi gila bayang untuk memiliki secret garden yang penuh rahsia; mencicip kopi panas sambil bersantai tenggelam dalam dunia buku di taman larangan.

   Dia perempuan yang kaya impian. Mewah dengan angan-angan, dan genta pengorbanan. Dia punya cita-cita agung. Mahu menjelajah sepertiga dunia. Mahu menjadi saksi tulip berbunga di tanah Belanda, mahu merakam seni bukti cinta Shah Jehan kepada surinya, Mumtaz Mahal. Dia mahu menghidu tanah Iran yang didominasi puak Syiah yang taksub merayakan Hari Karbala. Dia mahu menjejak tanah Afrika dan menggauli anak-anak malnutrisi yang kekurangan segala makanan dan hidup kemiskinan. 
              
   Dia mahu menjadi sebahagian yang menghayati payah hidup manusia yang dari luhur Adam, tapi punya warna kulit yang rencam. Dan dia masih ingat, pasak perjalanan impiannya mengembara di tanah orang bermula di tanah Kenyalang. Tuhan memberinya peluang menggali pengalaman di daerah Iban itu. Pengalaman yang kadang menyeksa kujur jiwa dan badan. Pengalaman yang limpah dengan rindu; kadang diselang dengan dengki dan pengkhianatan.

                                                   ****************************************

p/s:  cebisan dr cerpen terbaruku....takdak kene mengena antara yg idup mahupun dah masuk 6 kaki bwh tanoh...

 

 


Thursday, May 10, 2007
Guru baru KPLI Kapit mati dibunuh

KUCHING: Polis tidak menolak kemungkinan guru agama wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati terdampar dalam keadaan separuh bogel di tebing Sungai Sagang, di sini, kelmarin, adalah mangsa bunuh sebelum mayatnya dicampak
di sungai berkenaan.

Bedah siasat Hospital Umum Sibu ke atas mayat, Anizah Othman semalam, mendapati mangsa dicekik sebelum mayatnya dicampak di tebing sungai berkenaan.Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Johar Ahmad, berkata pihak hospital bagaimanapun, gagal mengesahkan sama ada mangsa turut dirogol kerana mayatnya sudah mula reput akibat terbenam dalam lumpur selama tiga hari.Johar berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh, sekali gus
 membentuk satu pasukan khas bagi menyiasat kes berkenaan kerana ia dianggap berprofil tinggi.

"Kita mengklasifikasikan kes ini berprofil tinggi kerana ia boleh membawa kesan buruk kerana mangsa berasal dari Semenanjung dan baru empat bulan bertugas di kawasan pedalaman.

"Kita bimbang ia memberi gambaran buruk kepada guru lain mengenai tahap keselamatan mereka ketika bertugas di pedalaman Sarawak," katanya ketika dihubungi di Kapit, semalam.

Johar berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin dipaksa ke kawasan kejadian kerana adalah mustahil untuk dia pergi sendiri kerana jaraknya lebih satu kilometer dari bandar Kapit.

"Mengikut maklumat, mangsa bertolak ke Kapit jam 1.45 petang Sabtu lalu yang terletak satu jam perjalanan menggunakan bot ekspres dari Song untuk membeli barang keperluan dan bertemu rakannya di situ.

"Mangsa dikatakan akan menginap di rumah rakannya di Kapit sebelum pulang ke Song keesokan harinya, namun pada hari kejadian, mangsa tidak muncul sehingga rakannya menghubungi rakan serumah mangsa tetapi dimaklumkan mangsa sudah keluar sejak awal pagi lagi," katanya.


Anizah yang berasal dari Kota Tinggi, Johor, mengajar subjek Pendidikan Islam di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Hin Hua, Song, sejak Januari lalu selepas menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Johar berkata, sehingga Isnin lalu, tiada laporan polis dibuat mana-mana pihak mengenai kehilangan mangsa sehinggalah anggota polis yang meronda di Kapit dimaklumkan seorang nelayan Iban mengenai penemuan mayat wanita.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ibu mangsa, Tengku Mon alias Ara Sulaiman, 61, ketika ditemui di Hospital Sibu berkata, anaknya sering menelefon keluarganya di Kota Tinggi setiap Sabtu untuk bertanya khabar.

"Allahyarham sangat rapat dengan kami. Kali terakhir Allahyarham hubungi saya Jumaat lalu untuk memberitahu yang dia hendak ke pekan Kapit esoknya (Sabtu) untuk berurusan dengan bank dan berjumpa dengan kawan," katanya.

                                       **************************************

 


Next Page
Profile

Image hosted by 

Photobucket.com
hayah-madani
March 20th
Female
Malaysia

.: HIDUP:.

=Anak jati Kota Bharu=.


:: Zaman Blajar Dulu2 ::

1983~1998: Kota Bharu.
1999~2000: Kuala Berang, Terengganu.
2001~2002: Kuala Pilah, N9.
2003~2005: Penang.
2006: Sg. Petani, Kedah.

and now....

2007~????: Kapit, Sarawak.



~My Blog Kat Frenster~
~My Fotopages~
~Pisces (Click Here)~


Tag Board

   

Calendar

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Currently Reading

Image hosted by 

Photobucket.com

~PS, I Luv U by Cecelia Ahern~



Quote


"So there you have it, a lifetime of first smelling the books, they all smell wonderful, reading the books, loving the books, and remembering the books."

-Ray Bradbury-


Have Read

Ayat-ayat Cinta

Curious Incident Of The Dog In The Night Time

Kombat 1511H

Advencer Si Peniup Ney

Detektif Indigo

Sesegar Nailofar

Rona Bosphorus

When Rainbows End

PS, I Love U

Totto Chan: The Little Girl At The Window

Haruman Kencana

For One More Day

Salju Jabal Musa


Wish Lists

Image 

hosted by Photobucket.com
Faisal Tehrani nyer novel


Image 

hosted by Photobucket.com
Lagi Novel Faisal


Image hosted by Photobucket.com
I Capture The Castle


Image hosted by Photobucket.com
Nicholas


Image hosted by Photobucket.com
Nothing Lasts Forever


Image hosted by Photobucket.com
Rosie Dunne


Bloggers


Cikgu Nurul
Jimadie Shah
Salina
Faizah
Dayah USM
Ghafirah Idris
Amiza Khusyri
Fadhlil (FahdRazy)
Nimoiz T.Y
Faisal Tehrani
Zaid Akhtar
Nisah Hj. Haron
Akhi Masrawi
Nazmi Yaakub
Pena Maya Mencoret
Serantau Journal
Daphne Blog
Pak Adib
Ustaz Malaya
Sidik
Ikoko
Xarafatima
Artz
Pilot Cafe
deAzhar
Sakuraku
Siti Norbaiti
Encik Kunci
AminBakish
Sukaatiaku
amanitium
Tuan Tanah
Zwitterion
Junaidix
Liepan
Alqasam
Eyes Of Grace


Ilmu

Buku Online
Diskusi Shukur
Palestin Info
Ujana Ilmu
Bljr Bahasa Asing
Web Harun Yahya (BM)
Web Harun Yahya (ENGLISH)
Karya Sastera
Allah Exists
Microbes Info
Dictionary
Novel Review
Antu Buku
Kaki Buku
Bicara Buku
Book House
Intifada
Acma Books


Lepak


Alwan comics
Thelmawinter
DevianArt
Music Tube
Manga Site
Encyclopedia Anime
Cari.Com
Kaki Seni


Game


Click here to play Make-A-Word word game, and TRY to score better!


Puisi


Iqra'

Menitip maaf itu perit
memaafkan itu lebih pahit.

Mencintai itu salju
dicintai itu lebih syahdu.

Meluahkan itu sakit
perluahan itu lebih misteri.

Menghayati itu seni
penghayatan itu lebih hakiki.

Mencari itu hasanah
pencarian itu lebih fatanah.

Mengindahkan itu utopia
keindahan itu lebih fatamorgana.

Membenarkan itu kasad
kebenaran itu lebih makrifat.

Di mandala yang pengap
simulasi hidup lebih khilaf

Mafhumlah segera
dan iqra’kan firman-firmanNya.

-Nur Azah Ayub-


Motivasi

Image 

hosted by Photobucket.com

"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna mengatasi kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."

(Surah Al-Isra' :70)


Doa


"Ya Allah,
aku berlindung kepadaMu daripada sifat munafik, keburukan akhlak dan kesempitan rezeki.

Ya Tuhanku,
aku berlindung kepadaMu daripada teman karib yang penipu, iaitu yang kedua-dua matanya menyorotiku, sedangkan hatinya mencari-cari kesalahanku. Apabila dia mendapatkan kebaikanku, dipendamnya diam-diam. Tapi kalau dia melihat keburukanku, disiar-siarkannya di mana-mana."

(Riwayat Ibnu Najar)


Tahukah Anda?


"Kamu tak ada bakat."

Para hakim memberitahu seniwati Liv Ullman yang terkemudian dari itu dicalonkan dua kali untuk Anugerah Akademi bagi Seniwati Terbaik.


Kata Mutiara


"Dengan berhujah, bertengkar dan berbahas kita menjadi warga berfikir, kita menajamkan daya fikir kita, kita meniupkan kesedaran watan dalam diri kita."

-A.Samad Said-


Contact

Image hosted by 

Photobucket.com
muslimah_apricot@yahoo.com
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed


Credits

Basic HTM:: Randomness
Image:
GettyImages
Graphic:
Dillon
Quote: author unknown


BLOGDRIVE
TEMPLATES
Rosey Love

Blogdrive