![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Sunday, June 03, 2007
Jauh Tamat. Titik. Ini entry sy terakhir. Di blog ini. Setahun sy bertapak di sini. Maaf. Kalau ada terkasar. Kata yg menyakitkan. Bahasa yg kurang manis, isi yg kurang menyelerakan. Di blog baru, harap juadahnya lebih mantap. Seiring dgn usia. Sejalan dengan cita dan matlamat. Hidup perlu perubahan. Makin banyak perubahan, makin banyak benda diselongkar. Pun, berubah itu biar sejalan dengan selera dan syariat. Berubah biar memuaskan diri; juga sesuai dengan kehendak agama dan naluri hati.
![]() Sibuk mendepani hidup, diri dipasung penat dan menuntut upaya cekal. Dugaan bukan sedikit. Cabaran dan ujian. Itu takdir yang menjadi fitrah dan lumrah. Sesegar kuntuman tulip, hati walau kadang berbunga-bunga; kadang datang juga titik hitam yang memaksa diri kuat melawan perasaan.
Kadang Tuhan memberi nikmat lewat selindung ujian yang menyengat; kadang Dia limpahkan rezeki; menduga uji keyakinan dan keimanan dalam diri.
Terima kasih. Atas layanan dan keramahan kalian di blog ini. Janji Tuhan; mega jingga pasti datang. Malam akan kelam; dan pastinya esok mentari akan menjengahkan wajah jua. Itu, kalau tiada hujan yang mengubah siang.
Kita jumpa di tapak lain. Tapak yg lebih menjanjikan kematangan buat kita.
Nota: Blog yg masih dlm pembikinan; http://hayah-madani.blogspot.com
by hayah-madani at 10:52 pm
|
Profile
hayah-madani
March 20th Female Malaysia =Anak jati Kota Bharu=. :: Zaman Blajar Dulu2 :: 1983~1998: Kota Bharu. 1999~2000: Kuala Berang, Terengganu. 2001~2002: Kuala Pilah, N9. 2003~2005: Penang. 2006: Sg. Petani, Kedah. and now.... 2007~????: Kapit, Sarawak. ~My Blog Kat Frenster~ ~My Fotopages~ ~Pisces (Click Here)~ Tag Board Calendar
Currently Reading
Quote "So there you have it, a lifetime of first smelling the books, they all smell wonderful, reading the books, loving the books, and remembering the books." -Ray Bradbury- Have Read
Wish Lists
![]()
![]() ![]() ![]()
Bloggers Cikgu Nurul Jimadie Shah Salina Faizah Dayah USM Ghafirah Idris Amiza Khusyri Fadhlil (FahdRazy) Nimoiz T.Y Faisal Tehrani Zaid Akhtar Nisah Hj. Haron Akhi Masrawi Nazmi Yaakub Pena Maya Mencoret Serantau Journal Daphne Blog Pak Adib Ustaz Malaya Sidik Ikoko Xarafatima Artz Pilot Cafe deAzhar Sakuraku Siti Norbaiti Encik Kunci AminBakish Sukaatiaku amanitium Tuan Tanah Zwitterion Junaidix Liepan Alqasam Eyes Of Grace Ilmu Buku Online Diskusi Shukur Palestin Info Ujana Ilmu Bljr Bahasa Asing Web Harun Yahya (BM) Web Harun Yahya (ENGLISH) Karya Sastera Allah Exists Microbes Info Dictionary Novel Review Antu Buku Kaki Buku Bicara Buku Book House Intifada Acma Books Lepak Alwan comics Thelmawinter DevianArt Music Tube Manga Site Encyclopedia Anime Cari.Com Kaki Seni Game Puisi Iqra' Menitip maaf itu perit memaafkan itu lebih pahit. Mencintai itu salju dicintai itu lebih syahdu. Meluahkan itu sakit perluahan itu lebih misteri. Menghayati itu seni penghayatan itu lebih hakiki. Mencari itu hasanah pencarian itu lebih fatanah. Mengindahkan itu utopia keindahan itu lebih fatamorgana. Membenarkan itu kasad kebenaran itu lebih makrifat. Di mandala yang pengap simulasi hidup lebih khilaf Mafhumlah segera dan iqrakan firman-firmanNya. -Nur Azah Ayub- Motivasi ![]() "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna mengatasi kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (Surah Al-Isra' :70) Doa "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sifat munafik, keburukan akhlak dan kesempitan rezeki. Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu daripada teman karib yang penipu, iaitu yang kedua-dua matanya menyorotiku, sedangkan hatinya mencari-cari kesalahanku. Apabila dia mendapatkan kebaikanku, dipendamnya diam-diam. Tapi kalau dia melihat keburukanku, disiar-siarkannya di mana-mana." (Riwayat Ibnu Najar) Tahukah Anda? "Kamu tak ada bakat." Para hakim memberitahu seniwati Liv Ullman yang terkemudian dari itu dicalonkan dua kali untuk Anugerah Akademi bagi Seniwati Terbaik. Kata Mutiara "Dengan berhujah, bertengkar dan berbahas kita menjadi warga berfikir, kita menajamkan daya fikir kita, kita meniupkan kesedaran watan dalam diri kita." -A.Samad Said- Contact
Credits
Basic HTM::
Randomness
Image: GettyImages Graphic: Dillon Quote: author unknown
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||