|
KUCHING: Polis tidak menolak kemungkinan guru agama wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati terdampar dalam keadaan separuh bogel di tebing Sungai Sagang, di sini, kelmarin, adalah mangsa bunuh sebelum mayatnya dicampak Bedah siasat Hospital Umum Sibu ke atas mayat, Anizah Othman semalam, mendapati mangsa dicekik sebelum mayatnya dicampak di tebing sungai berkenaan.Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Johar Ahmad, berkata pihak hospital bagaimanapun, gagal mengesahkan sama ada mangsa turut dirogol kerana mayatnya sudah mula reput akibat terbenam dalam lumpur selama tiga hari.Johar berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh, sekali gus "Kita mengklasifikasikan kes ini berprofil tinggi kerana ia boleh membawa kesan buruk kerana mangsa berasal dari Semenanjung dan baru empat bulan bertugas di kawasan pedalaman. "Kita bimbang ia memberi gambaran buruk kepada guru lain mengenai tahap keselamatan mereka ketika bertugas di pedalaman Sarawak," katanya ketika dihubungi di Kapit, semalam. Johar berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa mungkin dipaksa ke kawasan kejadian kerana adalah mustahil untuk dia pergi sendiri kerana jaraknya lebih satu kilometer dari bandar Kapit. "Mengikut maklumat, mangsa bertolak ke Kapit jam 1.45 petang Sabtu lalu yang terletak satu jam perjalanan menggunakan bot ekspres dari Song untuk membeli barang keperluan dan bertemu rakannya di situ. "Mangsa dikatakan akan menginap di rumah rakannya di Kapit sebelum pulang ke Song keesokan harinya, namun pada hari kejadian, mangsa tidak muncul sehingga rakannya menghubungi rakan serumah mangsa tetapi dimaklumkan mangsa sudah keluar sejak awal pagi lagi," katanya.
Johar berkata, sehingga Isnin lalu, tiada laporan polis dibuat mana-mana pihak mengenai kehilangan mangsa sehinggalah anggota polis yang meronda di Kapit dimaklumkan seorang nelayan Iban mengenai penemuan mayat wanita. Sementara itu, Bernama melaporkan, ibu mangsa, Tengku Mon alias Ara Sulaiman, 61, ketika ditemui di Hospital Sibu berkata, anaknya sering menelefon keluarganya di Kota Tinggi setiap Sabtu untuk bertanya khabar. "Allahyarham sangat rapat dengan kami. Kali terakhir Allahyarham hubungi saya Jumaat lalu untuk memberitahu yang dia hendak ke pekan Kapit esoknya (Sabtu) untuk berurusan dengan bank dan berjumpa dengan kawan," katanya. **************************************
|
| maza June 1, 2007 03:10 PM PDT ermm...sbnrnye tempat yg plg selamatlah tempat yg plg bahaya... | ||
| hayad May 27, 2007 10:47 AM PDT erk...terkejut baca. mmg boleh memberi gambaran buruk pun pd kita org semenanjung ni.. | ||
| webman May 18, 2007 08:22 PM PDT sabar la kpd semua yg di beri amanah dlm tugas, laksanakan sebaik mungkin, disebalik gnjran material, yg paling utama ialah masej dakwah dlm kemahiran masing-masing.. | ||
| ati3 May 18, 2007 08:08 PM PDT deepest sympathy .. saya sendiri pun terkejut dgn kejadian itu .. i was speechless at first .. kerja jauh2 .. nak berbakti tapi ini jadinya .. You semua guru yg bertugas di Kapit, saya harap you all kuatkan semangat .. | ||
| Leave a Comment: |