|
Tangan kanannya memegang epal hijau yang hampir separuh, tangan kiri pula menguis-nguis daun kering di bawah bangku putih. Sorot matanya kemudian terarah jauh ke hadapan. Tulip sudah pun berbunga. Hatinya berlagu riang. Anganan untuk melihat tulip berpuput di dada sejak kecil. Bumi Amsterdam sedari dulu melambai-lambai menggamitnya datang mengejar tulip di tanah Belanda. Juga kisah potret dan lukisan-lukisan agung Rembrandt di Rijkmuseum pernah menakluki sekaligus memaksa atmanya untuk meneroka negara penjajah itu. Dia gilakan seni. Dia mengagumi Van Gough; menelusuri karya-karya Pablo Picasso ; jua menghayati luahan rasa puisi-puisi agung sasterawan negara. Lantaran sejak kecil dikelilingi dengan buku-buku cerita dan dunia komik; dia jadi kepingin menghiasi hidupnya dengan rencam rasa bau helaian-helaian ilmu sepanjang hayat. Lantaran keluarga yang meminati dunia flora dan hidup dikelilingi dengan bunga-bunga; dia jadi gila bayang untuk memiliki secret garden yang penuh rahsia; mencicip kopi panas sambil bersantai tenggelam dalam dunia buku di taman larangan. Dia perempuan yang kaya impian. Mewah dengan angan-angan, dan genta pengorbanan. Dia punya cita-cita agung. Mahu menjelajah sepertiga dunia. Mahu menjadi saksi tulip berbunga di tanah Belanda, mahu merakam seni bukti cinta Shah Jehan kepada surinya, Mumtaz Mahal. Dia mahu menghidu tanah Iran yang didominasi puak Syiah yang taksub merayakan Hari Karbala. Dia mahu menjejak tanah Afrika dan menggauli anak-anak malnutrisi yang kekurangan segala makanan dan hidup kemiskinan. **************************************** p/s: cebisan dr cerpen terbaruku....takdak kene mengena antara yg idup mahupun dah masuk 6 kaki bwh tanoh...
|
| maza June 1, 2007 03:12 PM PDT hehhee..u know me! beh tak cuti???? org yg jarang2 blk nih lg ler x menyia2kan cuti yg adow...amik sijil cam mane??? | ||
| fz May 29, 2007 09:35 PM PDT Dia impikan secret garden? myvi silver? hehe...oo sudah tukar...getz! SELAMAT BERCUTI :) | ||
| Leave a Comment: |