|
Dulu Fahri. Kini Faiq. Dulu Ayat2 Cinta. Skarang Pudarnya Pesona Cleopatra. Smalam satu lg tulisan Habiburrahman El-Shirazy sy sudahkan. Hidup tanpa buku x lengkap. Cuti tanpa novel tak terisi rohani dan kehendak. Pudarnya Pesona Cleopatra: ada dua kisah di dlmnya; berbeza latar kisah dgn Ayat2 Cinta. Ada cerita cinta anak Adam yg bernafsukan kecantikan dan rupa wajah. Juga ada cerita Faiq yg suci, teruna yg mungkin watak dan perawakannya sesoleh dan setulus cinta Fahri. Cinta yang sakhi. Cinta antara Adam dan Hawa yg di luar cinta maksiat. Cinta yg hijau metah; sali,segar dan sentiasa berkembang.
Faisal Tehrani di KOta Bharu 4-5 Jun ini. Sy korek2 duit di tangan; ntah dapat ntah tidak sy capai "Bila Tuhan Berbicara" dan "Ikan Fugu, Lukisan dan Jimson" nanti. Sejak ke Kapit; minat sy thadap novel2 sastera Islam makin kelam hari ke hari. Ntah mana silapnya. Sama ada kambus tika meredah Laut China Selatan, atau mungkin saja kabur dek awan gelap tanah Kenyalang. Sementelah; tanah Kapit tak pernah membenarkan sy meneroka dunia novel lagi (ah,tanah bertuah itu tidak menyediakan apa2 jua perkhidmatan menjual novel!!). Pusing sana. Pusing sini. Garisah sy mengcengkam; menanarkan matlamat dan impian asal sy. Disebabkan tak ada rakan secitarasa yg sy blh bkongsi cerita dan kisah ttg dunia penulisan dan sastera di Kapit makanya sy mula hilang tumpu? Atau sy sbnrnya mencipta alasan; malas mengorek ilmu makanya sy menjauh dr minat dan hobi sendiri?Ke mana hilangnya semangat yg dimilik tentera2 Uthmaniyyah tatkala berperang menakluk kota Byzantine dlm diri?Kenapa tak sj sy kejap kukuhkan; ipukkan rasa tegar mahu menakluk ilmu dan memuncakkan cita2? Sy jd cemburu. Cemburu pd mereka... Impian sy masih jauh...jauh yg blm tentu digapai tangan...
p/s: masih menunggu Di atas Sajadah Cinta (Habiburrahman El-Shirazy)...
Wira hatiku, Tiada siapa yang tahu, Bahawa kasih ini ku tujukan padamu, Meskipun kurasakan mustahil untuk kugapai, Tetapiku tahu Allah Maha Mengetahui hasrat hatiku,
Wira hatiku, Padamu terhimpun pekerti tinggi, Padamu tergambar kelembutan dan kebijaksanaan hakiki, Senyumanmu manis menenangkan hati, Bicara lembut menawan hati, Hatiku yang satu, hanya untukmu ku abadi,
Wira hatiku, Sedari awal kulihat dirimu insan mulia, Terlalu baik buat diriku yang hina, Tapi diri ini menyintai kebaikan dan keindahan akhlakmu, Lantas padamu kuletakkan harapan, Adakah kau tahu, adakah kau merasai insan daif ini menangis dalam kerinduan dan penuh pengharapan.
Wira hatiku, Tidak mampu ku sampaikan bicara hati ini, Meskipun cinta dan perhatian daripadamu ku dambakan, Terasa betapa kerdilnya diri ini, Tetapi tidak layaknya untuk memiliki hatimu yang suci.
Note: godek2, jumper puisi nih...khas ku dedicatekan utk Fahri n Faiq dlm karya ustz Habiburrahman...:)
|
| maza June 4, 2007 10:31 PM PDT hehhe...ada buku sambungan ayat2 cinta....x dpt beli lgk...x tau dpt beli ke x sblm sampai swak....sn susah nak carik..sibu pun takdak.. | ||
| hayad June 4, 2007 11:53 AM PDT ah maza, cemburu pula kamu dh baca novel tu.kena cari jugak nih,hehe. beli la novel2 byk di sini,nnt di kapit boleh juga dibaca :) | ||
| Leave a Comment: |