Maza
    <description>~Maza~</description>
Jauh
      <description>Tamat. Titik. Ini entry sy terakhir. Di blog ini. Setahun sy bertapak di sini. 
Maaf. Kalau ada terkasar. Kata yg menyakitkan. Bahasa yg kurang manis, isi yg kurang menyelerakan.
Di blog baru, harap juadahnya lebih mantap. Seiring dgn usia. Sejalan dengan cita dan matlamat. 
Hidup perlu perubahan. Makin banyak perubahan, makin banyak benda diselongkar. Pun, berubah itu biar sejalan dengan selera dan syariat. Berubah biar memuaskan diri; juga sesuai dengan kehendak agama dan naluri hati.
Sibuk mendepani hidup, diri dipasung penat dan menuntut upaya cekal. Dugaan bukan... (more)</description>
Antara Fahri dan Faiq
      <description>Dulu Fahri. Kini Faiq. Dulu Ayat2 Cinta. Skarang Pudarnya Pesona Cleopatra. Smalam satu lg tulisan Habiburrahman El-Shirazy sy sudahkan. Hidup tanpa buku x lengkap. Cuti tanpa novel tak terisi rohani dan kehendak. 
Pudarnya Pesona Cleopatra: ada dua kisah di dlmnya; berbeza latar kisah dgn Ayat2 Cinta. Ada cerita cinta anak Adam yg bernafsukan kecantikan dan rupa wajah. Juga ada cerita Faiq yg suci, teruna yg mungkin watak dan perawakannya sesoleh dan setulus cinta Fahri. Cinta yang sakhi. Cinta antara Adam dan Hawa yg di luar cinta maksiat. Cinta yg hijau metah; sali,segar dan sentiasa... (more)</description>
Hati Kanggaru di Kota Melbourne
      <description>   Lamington, kek span yang dilitupi coklat dan kelapa parut itu digigit Fudail dengan lahap. Anak matanya dibiarkan merata, menyusuri keunikan kota kedua terpadat di bumi kanggaru itu. Semua orang kelihatan sibuk. Berkejaran, bagaikan dirasuk roh duniawi untuk menimbunkan harta sebanyak mungkin. 
   Sesekali, berpapasan beberapa lelaki warga Victoria berkot dan bertali leher. Fudail mendongak, mencipta harap. Dari pagi, tiada dolar pun yang mengisi kocek. Kering. Gersang. Segersang pokok boabab pabila musim kering datang menjengah muka di bumi Melbourne. Pada ketika itu, ada rintih halus... (more)</description>
...Penyu Menangis Siapalah Tahu...
   Tangan kanannya memegang epal hijau yang hampir separuh, tangan kiri pula menguis-nguis daun kering di bawah bangku putih. Sorot matanya kemudian terarah jauh ke hadapan. Tulip sudah pun berbunga. 
   Hatinya  berlagu riang. Anganan untuk melihat tulip berpuput di dada sejak kecil.  Bumi Amsterdam sedari dulu melambai-lambai menggamitnya datang mengejar tulip di tanah Belanda. Juga kisah potret dan lukisan-lukisan agung Rembrandt di Rijkmuseum pernah menakluki sekaligus memaksa atmanya untuk meneroka negara penjajah itu. 
   Dia gilakan seni. Dia mengagumi Van Gough; menelusuri... (more)</description>
Guru baru KPLI Kapit mati dibunuh
      <description>KUCHING: Polis tidak menolak kemungkinan guru agama wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati terdampar dalam keadaan separuh bogel di tebing Sungai Sagang, di sini, kelmarin, adalah mangsa bunuh sebelum mayatnya dicampak
di sungai berkenaan.
Bedah siasat Hospital Umum Sibu ke atas mayat, Anizah Othman semalam, mendapati mangsa dicekik sebelum mayatnya dicampak di tebing sungai berkenaan.Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Johar Ahmad, berkata pihak hospital bagaimanapun, gagal mengesahkan sama ada mangsa turut dirogol kerana mayatnya sudah mula reput akibat terbenam dalam lumpur... (more)</description>
:: Cerita Cikgu ::
      <description>Esok malam saya akan berangkat ke Sarawak. Baru tadi dua pupu (mak dia spupu mak sy) dtg bertandang di rumah. Sempat kami bertukar kisah2 pengalaman di bumi sana. Dia baru posting sama tarikh dgn sy,; cuma kami berbeza destinasi. Dia di Miri; sy di Kapit. 
Macam2 cerita dia. Lain pula dengan cerita cikgu2 di Kapit yg mengharung Sg. Rajang menggunakan perahu panjang. Lokasi dua pupu sy berdekatan Sg. Baram.Lebih kurang dgn cikgu2 pedalaman lain; dia diam di rumah guru yg tidak ada letrik. Rumah yang tercacak tunggu masa saja untuk rebah. Bergoyang2 kala ditiup angin. Dinding rumahnya... (more)</description>
BahaGia iTu HiDup
      <description>Pulang ke Kelantan sempat sy membawa tebaloi (sagu; makanan org Melanau), buluh perhiasan kecil utk sedara, lada hitam dan gula2 lada. Kek lapis belum sempat ditempah. Cuti bulan lima mungkin akan diangkut bawa ke Semenanjung.
Detik2 cuti memang dimanfaatkan betul. Pagi hingga ke petang; seharian hari ini sy meronda dengan K.Aidah mencari kain yg dikirim cikgu2 Sarawak. Belum campur dengan serunding, keropok dan tudung yg dipesan berkali2 sebelum sy berangkat balik.
Ikutkan hati; memang malas nak balik ke Kapit. Hulu di bumi sana. Tapi kata emak; arwah datuk juga dulu berkhidmat jauh di... (more)</description>
Mengharung Sg. Batang Rajang
      <description>Sampai sudah di rumah. 2 hari perjalanan dari Kapit ke Kota Bharu. Jam 12.30 tengah hari semalam naik bot dr Kapit ke Sibu. Jam 9.25 mlm fly dari Sibu ke KL. Jam 7.20 pg tadi terbang balik ke KB. Penat. Semua kenderaan sempat merasa; dari air, kemudian darat diikuti udara.
Ada berita rakan guru baru tergolek di jeti bot Kapit; hampir-hampir terjatuh ke sungai. Nasib baik; dia tidak apa-apa. Sungguh, pertama kali jejak ke Semenanjung setelah posting, rasa di hati semua bercampur baur. Rasa rindu yang tidak tertahan. Rasa bebas tinggal sebentar beban tugas yg terpundak di bahu. Rasa celaru;... (more)</description>
Kapit yang melambai....
      <description>Bumi Iban. Perjalanan ke sini panjang dan penat. Badan sakit-sakit memunggah beg yg berisi lebih drpd 20 kilo.Hari pertama perjalanan ke Sarawak kami transit di Gombak. Bermalam di rumah sepupu bersama Kak Aidah dan famili saya. 
Petang sebelum sampai di Gombak, sempat kami makan angin sebentar di Bukit Tinggi Resort. Rehatkan badan yang penat-penat selepas seharian travel dari Kelantan. 
 Malamnya hati saya sudah mula sayu. Rasanya jiwa belum sepenuhnya menerima takdir bertugas di Sarawak. Jauhnya, kos tambangnya, semua saya sudah mula fikir.... (more)</description>
Happy New Year!!
      <description>Beg dah siap diisi.Dokumen perjalanan terhad ke Sarawak juga dah dibuat. Kertas-kertas penting masa praktikum saja yg belum disemak; mahu dibawa terutama amanat penting Sir William. Esok pagi2 sy, dan famili serta Kak Aidah yg menumpang sekali akn berangkat ke Seremban. Kalau jadi, cadangnya mahu singgah dulu di Bt.Tinggi. 
Lusa, sy akan terbang ke Sarawak. Cari hidup baru. 3 hari lepas, my 2nd couzin yg sama2 dpt Sarawak dh confirm dipostingkan ke Miri.Sekolah tmpt die bakal mengajar 15km saja dr Brunei, dan 30km dr bandar Miri.Sy belum tentu lg mahu jatuh ke mana. Kata abang;"Di mana kita... (more)</description>